


Permulaan aku memelihara kucing adalah kerana anakku yang manje tu lah .... Dah memang ada rasa kasih sayang dan simpati pada haiwan yang bernama kucing ini seperti aku juga , maka aku mula memelihara kucing seperti zaman aku budak-budak lagi . Suatu hari dalam perjalanan pulang dari sekolah aku ternampak kitten yang tersesat di tengah jalan . Nyaris aku tak langgar.. kalau tak rasa bersalah yang tak terhingga walaupun aku tak sengaja . Maka dengan simpati anakku Nursyafiena turun dah mendapatkan kitten tersebut . aku sangka dia nak letak di tepi jalan rupanya di dukung masuk ke dalam kereta . Kesian kitten tu sebab masih baby lagi ..... Ini mesti tersesat atau ada bebudak nakal sengaja pisahkan kitten ni dari ibu dia . So aku bawa balik untuk diberi susu dan bersihkan kitten tersebut . Dalam diam rupanya anak aku ni ada plan dia sendiri ..... Dia terus call abahnya dan bagitau nak bawa kitten ni ke klinik . Setelah puas memujuk abahnya , dia dengan kakak dan abangnya berikan nama kitten tersebut Tiffy ... ok.. fine ... Jadi malam tu jugak suami aku yang telah cair dengan pujukan manjenye bawa Tiffy ke veterina swasta di USJ .... Firts time pergi jumpa doktor haiwan . Di kampung dulu mana pernah bawa kucing jumpa doktor . Klinik haiwan pun entah di mana . Jenuh juga la kami memusing cari klinik haiwan . Ya la ... tak pernah terlintas pun nak pelihara binatang . Setiba di klinik doktor beritahu yang Tiffy dah takde harapan sebab dah kena jangkitan kuman dalam badan , kekurangan air yang serius , cacing yang banyak dalam badan dengan kata lain dah nazak . Patutlah aku cuba beri Tiffy susu dia tak mahu minum . Rupanya dah takde selera langsung . Tapi doktor cuba juga untuk selamatkan Tiffy . Selepas diberi suntikan antibiotik dan glukosa Tiffy mula menunjukkan reaksi . Aku dengar suara Tiffy mengiau . Sudah berjam-jam baru ini aku dengar suara manja Tiffy . Tapi kegembiraan kami tak lama ... Selepas 20 minit melihat Tiffy bergerak-gerak , tiba-tiba Tiffy kekejangan . Aku dah mula rasa tak sedap hati . Doktor dah bagitau suami aku yang Tiffy takde harapan , tapi suami aku minta agar doktor sembunyikan dulu dan usahakan juga demi anak-anak . Sebab anak-anakku dah mula sayangkan Tiffy . Ajal di tangan tuhan .... Walau diusaha macam mana sekali pun yang tertulis tak dapat diubah . Tiffy menghembuskan nafas terakhirnya depan mataku dan anak-anak menyaksikan menerusi cermin dari luar bilik rawatan . Amat sayu aku melihat hiba anak-anakku menangis . Tambahan Nursyafiena yang masa itu umurnya 6 thn . Dia dah berangan sakan nak pelihara Tiffy , jadi tak terhinggalah sedihnya . Tak semena-mena suasana klinik jadi sedih juga . Orang lain juga yang ada di situ pun ada yang menangis sekali sebab tengok anak-anakku menangis . Oleh kerana anak-anak aku dah mudi mood dia orang , maka doktor bawa anak-anak ke bilik belakang dan suruh pilih kucing mana yang mereka mahu . Doktor beri sebagai ganti . Kesudahan Tiffy pergi Fiffy dan Fitty di bawa balik . Baru air muka anak-anakku berubah ceria . Suamiku senyum sajalah . Nak buat macam mana lagi dah anak-anak suka , ikut aje la ..... Tiffy di bawa balik untuk di kebumikan . Maka bermulalah ceritera kucing dalam keluarga kami . Hari-hari makin ceria . Rezeki makin tertambah . Betul kata orang , kalau kita pelihara kucing dengan ikhlas Allah akan membalas keikhlasan kita .Kucingkan haiwan kesayangan Rasulullah S.A.W .Tak jemu-jemu melihat gelagat Fiffy dan Fitty membesar . Balik kampung kami bawa balik kampung . Petang bawa pergi bersiar-siar ke taman . Kadang-kadang bawa ronda-ronda naik kereta tengok-tengok lampu jalan . Memang Fiffy dan Fitty suka dibawa kuar jalan-jalan . Rupanya nak pelihara haiwan ni ada caranya ... mmm banyak benda nak dibuat . Itulah yang digelar anak angkat . Siap suami aku bawak g klinik suntik antivirus setahun sekali , beri ubat cacing 6 bln sekali , beri multivitamin dalam makanan , beli permainan , beri susu sebelum tidur malam , demam belikan ubat . Rupanya suami aku ni pun sukakan kucing jugak . Jadi kami serasilah ....haha ..Tidak dengan 2 anak angkat itu sahaja . Tuhan memberi kami Mimie pula selepas hampir setahun kami pelihara Fiffy dan Fitty . Meriah lagi rumah kami .
 |
|